28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SMK Kemabong terima Skrin LED sumbangan HAWA Desa Malaysia

Rahmahjan (tengah) bersama Jamilah (kedua dari kanan) dan Patrick kedua dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama guru-guru dan pelajar-pelajar yang hadir pada majlis itu.

TENOM: Pengerusi HAWA Desa Malaysia Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan menyerahkan sumbangan Skrin LED untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemabong.

Menurut Rahmahjan, Skrin LED itu adalah sumbangan peribadi beliau yang telah lama dirancang dan dipohon oleh pihak sekolah.

Katanya, sumbangan ini memudahkan dan sekaligus menjimatkan kos pihak sekolah apabila mengadakan program kerana tidak perlu lagi membuat banner.

Rahmahjan yang juga Pengerusi Pewaris RISDA Daerah Tenom menyerahkan sumbangan Skrin LED dalam satu majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Menurut Rahmahjan lagi, beliau amat prihatin dengan pembangunan pendidikan di daerah ini kerana pendidikanlah yang dapat merubah masa depan anak-anak dan keluarga mereka.

Pada majlis sama Rahmahjan menyumbang kewangan RM5,000.00 kepada sekolah untuk pengurusan sukan tahunan sekolah itu.

Sementara itu Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Puan Jamilah Talib berkata, beliau amat menghargai sumbangan Skrin LED ini kerana ia selari dengan dasar pendigitalan pendidikan.

Katanya, secara tidak langsung ia akan memberikan kemudahan kepada sekolah dan impaknya besar kepada pelajar.

“Bagi pihak warga pendidik dan anak-anak didik kami di daerah ini merakamkan penghargaan kepada Rahmahjan kerana telah menyumbangkan Skrin LED kepada SMK Kemabong” ujarnya.

Pengetua SMK Kemabong Paterip Usir @ Patrick turut merakamkan penghargaan kepada Rahmahjan atas sumbangan berkenaan dan keprihatinannya yang ingin melihat pelajar-pelajar lebih cemerlang.

Katanya, dengan ada Skrin LED ini ia dapat merangsang dan menarik minat pelajar ke arah pendigitalan sekolah.

“Kita berharap supaya semua pihak boleh bersama-sama dengan pihak sekolah dan memberikan sumbangan-sumbangan seumpama ini” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN