TAHNIAH…Majus (kanan) menyampaikan Sijil Penghargaan kepada salah seorang Guru Cemerlang.
▪︎0leh: Jainuddin Nasir
RANAU: Slogan ‘Ranau Hebat, Tahun Ini Lebih Baik, Mari Kerja Bersama’ merupakan cetusan idea hebat Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Majus Bin Munsing bertujuan untuk memperhebatkan budaya kegemilangan sebagai kata perancang Pejabat Pendidikan Dae rah(PPD) Ranau.
Jesteru slogan karamat ini wajar difahami dan dihayati warga pendidik di semua peringkat ke arah merealisasikan kehebatan PPD Ranau dalam dunia pendidikan setanding dengan daerah lain di Sabah dan seterusnya menyumbang kepada aspirasi slogan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) ‘Sabah Hebat, Katakan Tidak Kepada No.16 Katakan Ya Kepada 10 Terbaik’.
Matlamatnya ialah membentuk legasi budaya kerja sepasukan dalam kalangan warga pendidik bagi menjadikan daerah Ranau cemerlang dan terbilang dalam aspek kepimpinan, kurikulum dan kokurikulum selaras dengan hala tuju Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan agenda Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Antara ratusan warga pendidik dan Pengerusi PIBG yang hadir.
Slogan PPD Ranau itu juga memberikan kefahaman tentang konsep dan falsafah selain menyuntik semangat budaya kerja sepasukan dalam kalangan anggota organisasi bagi menjadikan warga pendidik daerah Ranau hebat dalam semua aspek sekali gus membangunkan nilai moral, etika dan sikap positif dalam kalangan warga pendidik untuk mencapai matlamat organisasi.
Demikian fokus utama Bicara Slogan ‘Ranau Hebat, Tahun Ini Pasti Lebih Baik Mari Kerja Bersama,’ yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini yang dirasmi Timbalan Pengarah Sektor Perancangan PPD JPNS, Zaini Bin Yunin wakil rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Sabah, Datuk Dr.Mistirine Radin dihadiri lebih 100 warga pendidik pelbagai pangkat dan kategori serta para YDP Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) dari 10 buah sekolah rendah dan menengah daerah Ranau.
Menjadi satu catatan sejarah sempena majlis itu ialah pelancaran lagu ‘Ranau Hebat’ yang dinyanyikan bersama warga pendidik daripada beberapa buah sekolah di daerah Ranau.
Turut diadakan ialah ‘Jom Baca’ selama kira-kira 20 minit serentak seluruh negara.