29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SKoD KEMAS berperanan  sebagai duta kecil dan perantara dengan orang awam- Bashir

SERAH…Bashir secara simbolik menyerahkan peralatan gotong royong kepada pasukan SKoD sambil diperhatikan oleh Gilbert (dua dari kiri)

LABUAN: Sukarelawan Sahabat Komuniti Desa (SKoD) yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan  Luar Bandar dan dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)  berperanan sebagai duta kecil  bagi program-program KEMAS selain menjadi perantara dengan orang awam.

Demikian kata Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir ketika berucap melancarkan Program SKoD peringkat Kampung Sungat Bangat dan Kampung Kilan yang diadakan di balairaya Kampung Sungat Bangat, pada Khamis.

Beliau berkata, ahli-ahli SKoD yang telah dipilih perlu memenuhi kod etika dan peradaban baik  ketika menjalankan aktiviti  termasuk tidak melibatkan fahaman politik dalam melaksanakan aktiviti  yang dirancang oleh KEMAS.

BANTUAN…. Bashir menyampaikan bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan Gilbert (dua kiri)

“SKoD adalah Kumpulan Tindakan Komuniti yang ditubuhkan di kawasan luar bandar yang mempunyai peranan seperti Komuniti Rukun Tetangga yang ahlinya terbuka kepada warga desa merangkumi Ketua Kampung, JPKK, Jawatankuasa Masjid, NGO serta orang awam” katanya.

Bashir yang juga Ahli Dewan Negara berharap  jawatankuasa SKoD yang telah dilantik dapat mengembelingkan tenaga masyarakat dan kerajaan  agar  dasar dasar dan program kerajaan dapat disambut baik dan disertai oleh masyarakat secara aktif.

Pada majlis itu, Bashir turut menyampaikan peralatan gotong royong kepada pasukan SKoD serta menyampaikan bantuan bakul makanan kepada asnaf  kampung Sungai Bangat dan Kilan.

Hadir sama, Pegawai KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan, Gilbert Julian, Ketua Kampung Sungat Bangat, Osman Dullah dan Ketua Kampung Kilan, Haji Hassan Haji Kapal.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN