JAMES (tengah) menyaksikan upacara serah dokumen MoU antara KPMKR dan Borneomed
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) dengan BorneoMed Sdn Bhd berkenaan penawaran skim insurans kepada para penerima bantuan kebajikan.
Skim Insurans Kemalangan Rakyat Sabah yang direka kususnya untuk rakyat Sabah yang merupakan penerima bantuan kebajikan itu oleh disediakan Takaful Ikhlas General Berhad.
BorneoMed Sdn Bhd adalah sebagai penasihat dan wakil korporat kepada Takaful Ikhlas General Berhad dan pelaksana Skim Insurans Kemalangan Rakyat Sabah.
Dalam MOU tersebut menyatakan persetujuan kedua-dua pihak KPMKR dan BorneoMed Sdn Bhd untuk berkolaborasi menawarkan skim ini kepada penerima bantuan kebajikan yang berumur 18 tahun hingga 80 tahun.
Para pelanggan boleh memilih untuk membeli insuran ini pada kadar yang mampu milik iaitu RM10 setahun.
Turut dinyatakan dalam MOU ialah jumlah pampasan dan faedah kewangan yang akan diterima sekiranya berlaku kemalangan. Kolaborasi ini adalah selama 5 tahun.
Sementara itu, Menteri KPMKR, Datuk James Ratib memberitahu inisiatif tersebut diperkenalkan kerajaan bagi melindungi mereka yang kurang berkemampuan sekiranya terlibat dalam kemalangan.
Datuk James yang hadir menyempurnakan MoU tersebut pada 11 Mac 2024 lalu berkata, penerima bantuan kebajikan yang berumur 18 hingga 80 tahun boleh memilih untuk membeli insurans ini pada kadar RM10 setahun.
Jelasnya, skim perlindungan ini akan menawarkan pampasan dan faedah kewangan sekiranya berlaku kemalangan.
MoU tersebut telah ditandatangani Setiausaha Tetap KPMKR Maria Chong dan disaksikan Timbalan Setiausaha Tetap Walter Kenson.
Manakala BorneoMed Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Fauzi Mohd dan disaksikan Pengerusi Eksekutif Patrick Teoh.
Upacara menandatangani dan serahan disaksikan oleh James dan PCEO Takaful Ikhlas General Berhad Dato’ Rudy Rodzila Bin Che Lamin.
Skim Insurans Kemalangan Rakyat Sabah ini dijangka dilancarkan pada 30 Mac ini di Daerah Paitan.