30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SK Rancangan Biah muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun.

Pasukan Johan SK Rancangan Biah bersama perasmi dan Pegawai Kejohanan

OLEH: Francis Andin


KENINGAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Biah muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Keningau yang berlangsumg di padang SK Bingkor Dekat sini.


Sementara itu, SK Kabatang Baru di tempat yang kedua, manakala SK Kuala Kahaba Dan SK Delayan masing-masing di tempat ketiga dan Keempat.


Kejohanan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Keningaun yang di kelolakan oleh SK Bunga Raya di sertai oleh 32 pasukan dari sekolah di daerah ini.


Dalam pada itu berucap di majlis libat urus perasmian penutupan Kejohanan, Presiden SAFA (Keningau FA) Tuan Rafie Robert dalam teks ucapannya berkata kejohanan amat bertepatan sekali diadakan dalam mencungkil bakat muda dalam kalangan murid sejak awal lagi.

Pasukan SK Kabatang yang mendapat tempat kedua bersama perasmi dan Pegawai Kejohanan

Justeru katanya bagi pemain yang bakal terpilih sebagai pemain yang bakal menyarung jersi Daerah ini ke Kejohanan MSS Sabah kelak agar dapat menunjukkan tahap permainan yang boleh bersaing seterusnya mengekalkan kejuaraan Daerah ini dalam Kejohanan yang sama yang dirangkul tahun sebelum ini di peringkat Negeri.


Teks ucapan beliau dibacakan oleh wakilnya Tuan Daffri Adzahari yang juga Bendahari SAFA (Keningau FA).


“Saya yakin yang terpilih akan mempamerkan mutu permainan yang terbaik membawa nama daerah ini menjulang.kejuaraan kelak dengan semangat kesukanan yang tinggi dan penuh disiplin “katanya


Dalam majlis itu , semua peserta menerima sijil penyertaan, manakala pemenang menerima piala Dan medal yang di taja oleh Tuan Rafie Robert di sampaikan oleh Daffri.


Turut hadir , Pengerusi Teknik Bola Sepak MSSD Keningau Robin Peter Dan Pengerusi Kejohanan Dr Franchis Andin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN