28.2 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SK Pekan Satu rai lima guru dan AKP  berpindah

GBR1: ANITA (enam kanan) bersama barisan pentadbir dan warga SK Pekan Satu yang menghadiri Majlis Makan Malam dan Apresiasi, baru-baru ini.

LABUAN: Seramai lima guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) SK Pekan Satu yang berpindah tugas diraikan dalam satu  Majlis Makan Malam yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini, baru baru ini.

Lima guru dan AKP yang berpindah itu ialah Esmit Amat, Nur Adilah Sami, Delaila Abdul Rahman, Siti Maizura Che Cob dan Dg Masliah Pg Tengah.

Menurut Guru Besar SK Pekan Satu Anita Shyamini A/P S. Azman majlis itu  sebagai tanda terima kasih dan  penghargaan kepada guru  yang berpindah.

“Majlis itu juga bertujuan untuk menghargai jasa dan   peranan para guru yang telah banyak mengharumkan nama sekolah  dalam beberapa pencapaian yang diraih sepanjang tahun 2022” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau juga berharap  semua warga SK Pekan Satu meneruskan langkah bersemangat untuk mencapai kejayaan demi kemenjadian murid yang diharapkan seterusnya mampu mempertingkatkan kualiti kita sebagai pendidik.

Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Sosial Kebajikan Sukan Kakitangan Sekolah (KS3), dengan kerjasama  guru-guru dan AKP  telah dihadiri hampir 100  warga  guru SK Pekan Satu.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Mohd Rais Basman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Normah Rahimi, Penolong Kanan Ko Kurikulum, Ibrahim Muhamad dan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Mohd Faisal Abd Moin.

Pada majlis itu Anita turut menyampaikan cenderamata  kepada semua guru yang hadir.

.

Text Box:
Text Box:
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN