26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SK Pekan Dua Labuan  anjur Majlis Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu peringkat negeri.

BASHIR (dua kiri) menyampaikan Anugerah PIBG Terbaik kepada PIBG SMK Labuan sambil diperhatikan Yusop. (kiri).

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Pekan Dua, Wilayah Persekutuan  Labuan bersama Kumpulan Penggerak Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta Negeri (KPIBKSN) telah menganjurkan Majlis Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu “TKC” peringkat Negeri yang diadakan  Hotel Tiara Labuan, baru-baru ini.

Majlis  yang bertemakan ‘Busana Zaman Kesultanan Melayu’  telah dirasmikan oleh Pengarah  Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan  Labuan, Yusup Haji Mohammad.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Haji Alias, yang menjadi tetamu khas  pada majlis itu telah menyampaikan  Anugerah PIBG Cemerlang 2021 kepada PIBG SK Pekan II dan PIBG SMK Labuan.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Dua, Hajah Dayang Damit@Saidah Haji Md Yassin dinobatkan Tokoh Guru Besar Inspirasi,  manakala Pengetua SMK Mutiara, Yahya Ahmad Putih menerima Anugerah Tokoh Pengetua Inspirasi 2021.

(Gambar kiri ): BASHIR menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Besar Inspirasi kepada Dayang diperhatikan Yusup (kiri). (Gambar kanan): YAHYA Ahmad Putih (kanan) menerima Anugerah Tokoh Pengetua Inspirasi 2021 daripada Bashir sambil diperhatikan Yusup (kiri).

Terdahulu Yusop ketika berucap berkata jasa dan pengorbanan seorang guru sememangnya tiada tolok bandingnya jika hendak dibandingkan dengan apa pun.

“Ini kerana sebahagian besar masa kita sewaktu kanak-kanak dahulu dihabiskan di sekolah dari pagi sehingga petang, dan insan yang bergelar guru inilah yang telah mengambil peranan ibu dan bapa kita untuk mengajar, mengawasi dan mendidik kita sepanjang berada di sekolah,”katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga pendidik di Wilayah Persekutuan  Labuan atas segala pengorbanan, penat lelah serta khidmat bakti guru-guru dalam memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran PDPR berlangsung dengan baik sepanjang waktu sukar dan mencabar ini.

DAYANG (tengah) bersama tetamu Majlis Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu 2021.

Sementara itu, Hajah Dayang yang juga Pengerusi Pengelola program berkata program “TKC” tahun ini bertemakan “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” merupakan pra pelancaran kepada majlis sambutan Hari Guru 2021 dalam menzahirkan apresiasi terhadap guru-guru yang mendidik anak bangsa.

Katanya, guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

Beliau berkata, guru tidak memerlukan tepukan gemuruh untuk dihargai dan guru tidak memerlukan nyalaan lilin untuk dikenang akan tetapi selayaknya guru menerima ucapan keramat ‘Terima Kasih Cikgu’.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN