Dari kiri: Jesandha, Nadira, Ellfredho, Mohd Fakhrul dan Floviana pemenang Johan setiap kategori
RANAU: Sekolah Kebangsaan Nalapak mengungguli Festival MBMMBI Peringkat Zon Timur apabila tiga daripada lima kategori yang dipertandingkan dimenangi oleh para peserta dari sekolah berkenaan. Festival tersebut yang berpusat di SK. Nalapak dan dikelolakan oleh sekolah tersebut telah disertai lebih 40 peserta di sebelas buah sekolah di Zon Timur.
Dalam festival tersebut Jessandha Grace Jimchon, pelajar Tahun 6 SK. Nalapak muncul Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2. Naib Johan, Dylea Laila Dielix (SK. Kananapon) dan Tempat Ketiga, Agnes Robert (SK. Matupang).
Bagi Pertandingan Deklamasi Sajak, Nur Nadirah Natasha Mohd Hisham (SK. Nalapak) muncul Johan apabila berjaya mengatasi 8 peserta yang lain. Naib Johan dimenangi oleh Aaron Mckyle Peter Anthonnie (SK. Sagindai) dan Tempat Ketiga disandang oleh Lyolestra Grace Bayang (SK. Tinanom).
Dalam Pertandingan Bercerita Tahap 1, sekali lagi peserta dari SK. Nalapak muncul Johan iaitu adik Ellfredho Deevo Junny menewaskan 10 peserta yang lain. Naib Johan dimenangi oleh Nur Alisha Aqeela Maisili (SK. Matupang) manakala Tempat Ketiga, Ashya Ei Rene Raylos (SK. Paginatan).
Dua lagi kategori iaitu Pertandingan Dendangan Syair yang dimenangi oleh Mohd Fakhrul Asyam Haqeem Masili dari SK. Matupang.Naib Johan, Janevanessa Marcil Katrinus (SK. Nalapak) dan Tempat Ketiga disandang oleh Airin Rancin (SK. Tinanom).
Pertandingan Pidato dimenangi oleh Floviana Samson (SK. Matupang) selaku Johan, Naib Johan disandang oleh Nor Aqilah Raffdy (SK. Nalapak) sementara Tempat Ketiga, dimenangi oleh Carl Casper Aedy (SK. Sagindai).

Jamirdin Yusin (Guru Besar SK. Miruru) bersama Hamdi (kanan: Guru Besar SK. Matupang) dan Cikgu Patrik ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta
Menurut Pengerusi Pengelola selaku Guru Besar SK. Nalapak, Jaipin Kimburon, festival MBMMBI bertujuan memilih dua peserta iaitu Johan dan Naib Johan untuk mewakili Zon Timur ke Festival MBMMBI peringkat daerah.
Jaipin mengucapkan tahniah kepada para peserta kerana telah mengambil bahagian dalam festival tersebut.
“Syabas semua. Kepada pemenang Johan dan Naib Johan teruskan berlatih memperbaiki persembahan masing-masing. Terimakasih juga kepada semua guru besar, jurulatih, guru pengiring serta Ahli Jawatankuasa Pengelola kerana telah memberikan kerjasama dan sumbangan tenaga serta wang bagi menjayakan festival ini,” jelas Jaipin.
Penyampaian hadiah berbentuk trofi dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh guru-guru besar Zon Timur di vanue pertandingan masing-masing.