30 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SK. NALAPAK JOHAN PESTA PANTUN PERINGKAT ZON TIMUR

Vincent menyampaikan sijil Pemantun Terbaik kepada Jesandha

RANAU: Pasukan pantun tuan rumah, Sekolah Kebangsaan Nalapak muncul johan Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Zon Timur yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan hari ini, pagi tadi.

Pada pusingan akhir, SK. Nalapak yang dibarisi adik Jesandha Grace Jimchon, Nur Nadira Natasha Mohd Hisham, Jackelvien Jaudin, Dyllia Katelyn Katom dan Abigail Hera Cassandra Alexs berjaya mengumpul markah sebanyak 531 menewaskan SK. Matupang yang mengutip markah 530. Peserta SK. Matupang dibarisi adik Floviana Samson, Betricesi Sinor, Jianiyen Jamary, Nur Safizatul Syahiera Md. Riduan dan Aldenn Bryan Bobby.

Dalam pertandingan tersebut adik Jesandha Grace Jimchon (murid Tahun 6) dinobatkan Pemantun Terbaik di pusingan akhir. Jesandha juga memenangi anugerah tersebut di peringkat awal pertandingan yang diadakan di vanue 1 (Kelas Tahun 6).

Turut dianugerahkan Pemantun Terbaik pada pusingan awal ialah adik Jack Juis dari SK. Kananapon dan Floviana Samson dari SK. Matupang di peringkat awal dan separuh akhir.

Juri-juri yang mengadili pesta pantun tersebut ialah Terrymelda Lamin (SK. Miruru), Saisah ML. Ramlie (SK. Sagindai), Syamsir Mokhtar (SK. Tampios), Rosyah Parin (SK. Nalapak), Wahibah Hj. Matni (SK. Miruru), Basrin Lingkid (SK. Kananapon), Hafeez Syafeek (SK. Matupang), Hasnalizan Alias (SK. Tinanom), Lily Keinsingin (SK. Sagindai) manakala Penyelaras Teknik Zon Timur ialah Mariam Mancha (SK. Sagindai).

Berucap pada majlis penangguhan pesta pantun tersebut, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Vincent Sabin merakamkan penghargaan atas kejayaan penganjuran pihak pengelola yang dipengerusikan oleh Guru Besar SK. Nalapak, Jaipin Kimburon.

Johan, SK. Nalapak (5 peserta dari kanan) dan Naib, SK. Matupang bersama para pengelola

“Tahniah kepada Zon Timur. Dua tahun program ini tidak dapat dianjurkan disebabkan pandemik dan hari ini ia berjaya dilaksanakan hasil sokongan dan permuafakatan sebelas buah sekolah di Zon Timur. Tahniah kepada semua peserta dan juga pemenang yang akan mewakili Zon Timur ke Pesta Pantun Peringkat Daerah, 6 Oktober ini di SK. Lohan,” katanya.

“Saya sifatkan 5 objektif utama program iaitu memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar melalui pertandingan pantun selaras dengan konsep ‘Perpaduan Melalui Kokurikulum,’ mengekal dan mengembangkan pantun serta seni berpantun sebagai khazanah puisi melayu tradisional dan warisan bangsa, murid dapat menggunakan daya berfikir dalam berpantun dengan cepat serta kreatif dan kritis, murid dapat mengaplikasikan kemahiran berbahasa dalam menjual dan menjawab pantun dan murid dapat membina keyakinan diri dan bersaing secara sihat dalam pertandingan, sebenarnya bagi saya semua ini sudah tercapai pada hari ini,” katanya lagi.

Sejurus menyempurnakan perasmian, Vincent diiring Jaipin menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pemantun Terbaik di pusingan awal dan separuh akhir sebelum meninggalkan majlis bagi menghadiri mesyuarat. Hadiah para pemenang final disampaikan oleh Guru Besar SK. Matupang, Hamdi Hashim dan Guru Besar SK. Nalapak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN