30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SK. MARAKAU DAN UMS MEMPERKENALKAN SISTEM TAGAL KEPADA MURID SEKOLAH SEBAGAI PERSEDIAAN PROGRAM SULAM

Oleh:  DR. JURRY FOO @ JURRY BT. F. MICHAEL
Pensyarah Kanan, Fakulti Sain Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. (Rakan strategik BDB)

MELENTUR buluh biar dari rebungnya. Generasi muda wajib didedahkan kepada pengurusan alam sekitar berasaskan komuniti kerana golongan ini adalah bakal pewaris kepada sumber pada masa akan datang. Oleh kerana itu SK. Marakau, Ranau, Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bekerjasama memperkenalkan sistem Tagal melalui tayangan semula  ceramah perkongsian tentang sistem Tagal kepada murid sekolah rendah itu, bertajuk ‘Syok bah Tagal’ yang telah belangsuang dalam Program 3S:”STEM Speaker Series” anjuran U-Science Universiti Malaysia Sabah.

Program ini adalah pendedahan awal dalam melaksanakan SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society) kursus Biogeografi Sosial (AG31003) iaitu kursus geografi di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dalam bekerjasama dengan SK Marakau dan Jawatankuasa Bombon Marakau mengoptimumkan sistem Tagal atau Bombon untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada semester ini.  

TEKUN MENDENGAR CERAMAH: Sebahagian murid-murid SK.Marakau

Sistem Tagal yang lebih dikenali sebagai sistem Bombon di Kg. Marakau adalah satu daripada kejayaan komuniti dalam menguruskan sungai secara lestari. Kawasan Bombon tersebut boleh menjadi makmal semulajadi untuk mempelajari, memahami mahupun mendalami ilmu dan kemahiran tempatan dalam mendefinisikan konsep ekosistem, kualiti alam sekitar dan seterusnya perkhidmatan ekosistem melalui pengalaman pengurusan alam sekitar berasaskan komuniti yang dikenali sebagai sistem Tagal ini.

Pengetahuan dan kepakaran komuniti yang melaksanakan sistem Bombon Marakau perlu diadunkan bersama PdP.  Murid-murid SK Marakau nanti dapat dibentuk sebagai duta alam sekitar yang benar-benar menjiwai nilai ekosistem dan kualiti alam sekitar. Kerjasama tiga penjuru ini akan dirangka sebagai satu model mengoptimumkan sumber secara lestari melalui penglibatan komuniti yang sudah pasti akan memberi ruang dan sumbangan dalam mencapai  Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDG2030).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN