DURASAD (tengah) bersama murid yang menyertai Program Ihya’ Ramadan 2024.
LABUAN: Panitia Pendidikan Agama Islam (PAI) dan Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan 2024 yang diadakan baru-baru ini.
Majlis yang diadakan di Dewan SKLT itu dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG SKLT, Mohd Dzulfaizal Ab Manan.
Guru Besar SKLT, Durasad Haji Edris berkata objektif program itu ialah untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti-aktiviti ilmiah.
Selain itu, katanya, menanamkan minat murid dalam merebut ganjaran pahala yang dijanjikan Allah SWT.
“Sebagai Madrasah Ramadan hasil tarbiah Ramadan menjadikan hamba Allah yang lebih bersyukur, bersabar dan menjadi insan yang lebih beriman kepada Allah SWT.
“Mewujudkan dan merapatkan hubungan silaturrahim dengan komuniti luar,”katanya.
Turut diadakan pada majlis itu ceramah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Redzuan Mohd Zin menyampaikan ceramah Ramadan.

HADIAH… Mohd Dzulfaizal menyampaikan hadiah kepada murid sambil diperhatikan Durasad (kiri).
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang Program Ihya’ Ramadan 2024, termasuk Majlis Pelancaran, Kalimatus Sobah, Alunan lagu Dakwah setiap pagi, Ceramah & Tazkirah, Sedekah, Soal jawab Ramadan, Mewarna (Pra sekolah & Tahap 1), Kuiz (Tahap 2), Tadarus, Majlis Khatam Al-Quran dan Iftor Jama’ie bersama Masjid Al-Muzakirullah.
Sementara itu, pihak penganjur berharap semoga aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua murid.
“Menerusi program itu, ia menjadi pengalaman yang boleh diingati dan diamalkan oleh semua murid dalam kehidupan seharian,”katanya.
Turut hadir Penolong-penolong Kanan, Rohaimee Samsu (Pentadbiran), Sunah Tahir (Hal Ehwal Murid) dan Juanawati Omar Junit (Kokurikulum).