30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SK Gayang johan Kejohanan Bola Jaring “Tuaran U10 2023″

Johan Kejohanan Bola Jaring bawah 10 Tahun Tuaran, Pasukan SK Gayang

TUARAN: Pasukan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan (SK) Gayang Tuaran muncul sebagai johan “Tuaran U10 Netball Championship 2023” yang berlangsung di Arena Futsal Laya-Laya Tuaran.

Naib Johan disandang oleh SK Mengkabong Tuaran, manakala tempat ketiga dimenangi oleh SK Nongkolud Tuaran.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran dengan kerjasama Sabah Economic & Education Society(SEES/PEPS)

Lebih 100 orang murid dari 10 buah sekolah sekitar daerah Tuaran menyertai kejohanan ini yang diadakan bagi mencungkil dan melahirkan pemain muda berpotensi yang bakal mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran, Encik Mohd Hanim Bin Muhammad Goss menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut hadir Pegawai Bakat Murid Unit Sukan PPD Tuaran, Encik Ardi Bin Abdul Adis, Pegawai Teknik dan Pengurusan Sukan PPD Tuaran, Puan Kryiestjiense M.Edang dan wakil SEES, Rohayu Mohd Deroh.

Dalam majlis ini , mantan Pegawai Teknik dan Pengurusan Sukan PPD Tuaran, Puan Noraidah Muparang turut menerima anugerah khas atas sumbangan bakti dan tenaga sebagai Pegawai Teknik dan Pengurusan Sukan PPD Tuaran selama 21 tahun.

Sementara itu, Pengerusi SEES, Dr Rafiq Idris berkata, sukan penting untuk kesihatan, selain wadah untuk memupuk perpaduan, persahabatan, semangat berpasukan dan mencungkil bakat pelajar sekolah.

“Diharapkan lebih banyak pertandingan seumpama ini dapat dianjurkan pada masa akan datang agar ramai bakat baru dapat dicungkil di negeri Sabah” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN