27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SK Bariawa Ulu dan Kelab Taekwondo Aelma Menjuarai Dua Kategori Dalam Kejohanan Taekwondo.

PRafie merakamkan kenangan pada kejohanan berkenaan.

Oleh:Rizalmi Liman

KENINGAU: SK Bariawa Ulu dan Kelab Taekwondo Aelma masing-masing menjuarai dua kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah acara Kyorugi dan Poomsae, dan Kategori Kelab acara Poomsae dan Kyorugi.

Manakala, bagi Kategori Sekolah Menengah acara Kyorugi dimenangi oleh SMK Keningau l, dan Kategori Sekolah Menengah acara Poomsae dimenangi oleh SMK Gunsanad ll.

Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, Rafie Robert berkata, seramai 400 peserta daripada seluruh Negeri Sabah, Labuan dan Lawas menyertai Kejohanan Taekwondo Antara Sekolah-Sekolah Borneo 2023 berkenaan yang diadakan di SK Kampung Keningau.

“Tujuan penganjuran ini diadakan adalah bagi mengembangkan seni bela diri Taekwondo di negeri ini dan bagi mengisi aktiviti masa cuti sekolah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Taekwondo Antara Sekolah-Sekolah Borneo 2023 anjuran Kelab Taekwondo Aelma, di Keningau pada Sabtu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini.

Katanya, kejohanan seumpama ini dapat memberi pendedahan kepada atlet dalam acara sukan berkenaan dan seterusnya mencukil bakat mereka.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN