26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sistem Tagal, satu pendekatan pemuliharaan alam sekitar: Abidin

Hasil daripada sistem tagal ini juga hendaklah dinikmati oleh semua penduduk dan bukan hanya kepentingan peribadi selain pengurusannya hendaklah telus,”

-Abidin Madingkir-

Oleh: Aduka Jasnin Suman

RANAU: Sistem Tagal atau kawasan diisytihar sebagai larangan merupakan satu pendekatan pemuliharaan alam sekitar yang efisien selain mengatasi kekurangan sumber ikan air tawar, khususnya dari sungai.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madinglir, matlamat sistem tagal juga bukan hanya tertakluk kepada pemuliharaan persekitaran fizikal, tetapi juga menyumbang kepada persekitaran sosial, terutama dari segi pembangunan sosio-ekonomi.

Abidin ketika berucap pada program itu

Katanya, sistem tagal boleh menjana industri pelancongan sekaligus membantu dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat.

Ke arah itu katanya, masyarakat khusunya penduduk yang terlibat dengan sistem tagal di kawasan mereka diseru berkerjasama dengan persatuan Tagal dan MPKK demi keberkesanan sistem itu agar manfaatnya dinikmati bersama.

SANTAI…Abidin (tengah) bersama rombongan dan sebahagian penduduk, belia pada program itu.

“Hasil daripada sistem tagal ini juga hendaklah dinikmati oleh semua penduduk dan bukan hanya kepentingan peribadi selain pengurusannya hendaklah telus,” ujar Abidin semasa program santai bersama belia-belia dan Persatuan Tagal Kg Nalapak di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sistem tagal bukan sahaja dapat memulihara sumber perikanan sungai supaya tidak pupus, malah antara jaminan agar sungai yang bersih dan cantik serta hasilnya dapat dinikmati generasi masa depan.

Abidin dibawa melihat pondok rehat yang dalam pembinaan di kawasan tagal

Justeru kata beliau, katakunci bagi perlaksanaan sistem tagal, antaranya, kualiti alam sekitar, pengurusan biosfera dan perkongsian pintar

“Syabas kepada Persatuan Tagal Nalapak yang terdiri daripada penduduk dan belia-belia kampung di sini kerana mempunyai inisiatif mewujudkan Tagal dan menyediakan kemudahan seperti pondok rehat dan tandas secara gotong royong.

Abidin turut menanam pokok di kawasan Tagal

“Adalah menjadi harapan, usaha-usaha murni seumpama ni dapat diteruskan malah dipertingkatkan lagi, bukan sahaja di Kg Nalapak, tetapi di kampung-kampung lain di daerah ini khususnya kawasan Dun Paginatan yang mempunyai potensi membangunkan sistem tagal,” gesa Abidin.

Tambah beliau, selaku Adun Paginatan, beliau akan berusaha untuk membantu membangunkan kawasan tagal, dan pada masa sama, mengalu-alukan pihak NGO untuk tampil membantu. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN