GAMBAR – Jonathan ( dua kiri) menyerahkan sumbangan sayur kepada salah seorang penduduk Kg.Tempios, disaksikan, Syahrin (kiri) bersama yang lain.
0leh: JAINUDDIN NASIR
RANAU: Bombon atau Tagal yang dilaksanakan di kawasan luar bandar bukan saja dapat mengekalkan ekosistem sungai (hidupan air) malah mampu memupuk perpaduan serta permuafakatan dikalangan penduduk setempat.
Seperti yang diamalkan penduduk Kg.Tampios Ranau, yang melaksanakan ‘Tagal’ di sungai Kagibangan berhampiran sejak beberapa tahun yang lalu telah nembuka bombon berkenaan baru-baru ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri(KDN) Malaysia, YB Jonathan Yasin diringi para jemputan yang lain.
Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau, dalam ucapannya, menyeru penduduk supaya sama-sama mengekalkan kebersihan air selain mengekalkan hidupan seperti ikan, udang dan sebagainya untuk diwarisi generasi akan datang.
Beliau menegaskan kepada penduduk agar mengelakan daripada penggunaan ‘tuba’ atau racun bahan kimia yang boleh memusnahkan hidupan air terutama jenis ikan.
Menurutnya, sistem tagal atau bombon juga boleh menjana pendapatan penduduk setempat jika diurus- tadbir dengan baik dan bersungguh-sungguh.
“Kita akan bantu berganding bahu bersama Jabatan Perikanan jika perlu untuk nenaiktaraf sistem bombon yang ada demi faedah penduduk”, jelas Jonathan sambil meluluskan dana berjumlah RM10 ribu kepada Bombon Kg. Tampios untuk membiayai aktiviti atau keperluan peralatan pentadbiran bombon berkenaan.
Turut diadakan sempena majis itu ialah, penyerahan sumbangan berupa sayuran daripada para pengusaha gerai sayur kundasang telah disempurnakan Jonathan, mewakili para penumbang terdiri daripada, Jafiridin Juhadin, Junaimi Gusirin dan Dayang Noraya.
Hadir sama, Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Bin Samsir.



