25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sistem pendidikan akan sentiasa dipantau dan diselia: Ghani Yassin

Ghani menyampaikan surat kenaikan Gred kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Pegawai Pendidikan Daerah Nabawan Puan Laineh Agindang (kiri).

NABAWAN: Kerajaan Negeri Sabah mempunyai komitmen yang tinggi terhadap sistem pendidikan di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, sistem pendidikan di negeri ini juga akan sentiasa dipantau dan diselia agar kebajikan para pegawai, warga pendidik mahupun seluruh penjawat awam dan pelajar terus diambil perhatian serius.

“Ini supaya kualiti perkhidmatan pendidikan di negeri ini terutama di kawasan Pedalaman terjamin” semasa berucap merasmikan majlis Penyampaian Surat Kenaikan Gred dan Penyerahan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk Tahun 2021 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Nabawan di sini pada Rabu.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, sebagai ADUN di kawasan ini akan sentiasa memberikan perhatian dan akan terus menyuarakan mengenai perihal Pendidikan di sini.

Oleh itu, beliau menyeru kerjasama daripada semua pihak untuk terus mengkaji dan melaporkan apa-apa keperluan dan perancangan terbaik dan memberikan impak poisitif terhadap sistem Pendidikan di derah ini.

Pada masa sama Ghani berharap agar khidmat para pegawai mahupun warga pendidik di sini sentiasa dalam keadaan cekap, efektif dan terus
konsisten dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah, kepada semua pegawai yang menerima surat kenaikan gred begitu juga kepada penerima sijil APC pada majlis itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN