30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SINGGAH SAHUR BERSAMA YPC DENGAN WANITA, PEMUDA PGRS LIKAS

Halizah dan Syahmee menyampaikam bekalan makanan untuk bersahur.

KOTA KINABALU: Dalam usaha mengeratkan hubungan silaturrahim Youth Power Club Kota Kinabalu (YPC) telah mengadakan Program Singgah Sahur bersama Pergerakan Wanita dan Pemuda Gagasan Rakyat (PGRS) bahagian Likas awal pagi tadi.

Program ini diadakan dengan mengagihkan juadah untuk bersahur di Hospital Queen Elizabeth 1, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas dan sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Sebanyak 100 pek juadah bersahur disediakan.

Menurut Ketua Wanita Gagasan Rakyat bahagian Likas, Halizah Din berkata
bulan Ramadan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh umat Islam kerana mempunyai banyak pengajaran selain menahan lapar dan dahaga.

“Dalam keadaan kita menahan lapar dan dahaga, jangan sesekali kita lupa maksud di sebaliknya iaitu memahami perasaan dan keadaan golongan tidak bernasib baik, katanya selepas pengagihan makan untuk bersahur,” katanya selepas Program Singgah Sahur.

Turut hadir sama Ketua Pemuda Gagasan Rakyat bahagian Likas, Syahmee Mohd Ron serta ahli-ahli Youth Power Club Kota Kinabalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN