Masyarakat IslamĀ merakam gambar bersama Datuk Jonathan sebelum tiba berbuka puasa di Masjid Randagong Lama.
RANAU: Masyarakat Islam daerah ini berterima kasih kepada Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin kerana sudi hadir bersama mereka untuk berbuka puasa di beberapa buah Masjid dan Surau, di sini.
Ramai Pengerusi Masjid dan Surau yang dihubungi masing-masing bersyukur dan berterima kasih atas kehadiran Jonathan yang turut memberikan sumbangan kepada Jawatankuasa masjid dan surau.
“Jonathan prihatin dengan masyarakat tanpa memilih agama dan idologi politik”, jelas Pengerusi Surau Kg.Paka Dua, Ust.Jasli Jasrin, Pengerusi Surau Kg.Randagung Lama, Imam Suparin dan ramai lagi.
Mereka teruja gembira atas kehadiran Jonathan untuk bersama-sama mereka berbuka puasa dan juga menyertai Jawatankuasa Wanita GRS N.38 Paginatan untuk mengagih-agikan Bubur Lambuk, Kurma dan Air Mineral kepada orang ramai di pekan Ranau termasuk para pengguna jalan raya.

Datuk Jonathan turut mengagih-agihkan Bubur Lambuk kepada para pemandu kenderaan diperhatikan Datuk Amisah dan Jawatankuasa yang lain.
Turut hadir menyertai program itu ialah, Datuk Hajah Amisah Yassin(ADUN dilantik) Jawatankuasa Wanita GRS Paginatan.
Sementara itu, Jonathan ketika ditemui mengucapkan selamat berpuasa bulan Ramadan kepada masyarakat Islam di kawasan Parlimen Ranau.
“Tidak lama lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri maka saya mengharapkan agar perayaan itu menjadi titian keharmonian, perpaduan dan persaudaraan dikalangan masyarakat Islam dengan mereka yang beragama lain”, jelas Jonathan.
Menurutnya, perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai adalah perayaan bersama dengan melibatkan seluruh lapisan rakyat Malaysia menerusi kunjungan muhibah ke perayaan yang diadakan.
“Kita mengharapkan perayaan yang ada itu memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk berkenal-mesra meningkatkan ikatan persaudaraan sedia terjalin”, tambah Jonatan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pilihan Khas (JKPK) Malaysia.



