31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SIKAP CAKNA DAN TINDAKAN PROAKTIF BUNG MENDAPAT PUJIAN DARI NATIZEN

Bung

KOTA KINABALU: Maklum balas serta tindakan segara Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) menangani masalah jalan terputus ekoran banjir mendapat pujian daripada Natizen khususnya penduduk di kampung Tiong Simpodon Tamparuli dan sekitarnya.

Seorang pengguna Halaman Media Sosial (Facebook) yang menggunakan nama Anna Alia Munsin yang mewakili penduduk dan pengguna jalanraya di kampung tersebut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Bung yang bukan sahaja memberi maklumbalas yang positif terhadap hantaran masej melalaui aplikasi WhatsApp malah mengambil tindakan proaktif untuk memaklumkan kepada pihak berkenaan untuk membaiki segara jalanraya tersebut.

RAKAMAN…Masej yang dihantar melalui Aplikasi WhatAspp kepada Bung mendapat maklum balas Bung

Sebelum itu Anna menghantar pesanan melalaui aplikasi WhatsApp terus kepada Bung pada sebelah pagi selepas kejadian banjir dan jalan tersebut terrputus pada ahad lepas itu,selepas kejadian banjir yang berlaku pada 5 November 2020 menyebabkan jalan tersebut terputus dan tidak boleh dilalui oleh kenderaa dan pada sebelah petangnya jalan tersebut telah diperbaiki bagi membolehkan ianya boleh dilalui oleh kenderaan.

“ Saya dan penduduk di kampung dan sekitarnya amat kagum dan berterima kasih atas sikap cakna dan tindakan proaktif Bung yang bukan sahaja membalas hantaran WhatsApp tersebut tapi mengambil tindakan segara untuk memaklumkan perkara ini kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)” dan seterusnya membaiki jalan tersebut” katanya dalam hantaran di Media Sosial beliau .

RAKAMAN…Masej yang dihantar melalui Aplikasi WhatAspp kepada Bung mendapat maklum balas Bung

Menurut Anna Bung merupakan seorang pemimpin yang peka dan prihatin terhadap isu isu yang melibatkan kepentingan rakyat walaupun dimaklumkan secara tidak formal dan ini memberikan keyakinan beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan ini turut memberi gambaran kepada rakyat kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang sentiasa membela kepentingan rakyat.

Sementara itu Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan ketika dihubungi berkata beliau sentiasa mengambil perhatian terhadap isu isu yang melibatkan kepentingan rakyat walaupun ianya di sampaikan dalam bentuk yang tidak formal

“ Setiap pesanan (Masej) yang dihantar apalagi ianya melibatkan kepentingan awam perlu diambil perhatian dan tindakan segara mengikut kesesuaian yang sediaada ,apalagi ianya melibatkan kementerian saya sendiri” jelas Bung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN