Robert bersama sebahagian AJK PIBG yang baharu dan ibubapa yang hadir.
Oleh: Francis Andin
KENINGAU: Sikap ambil peduli ibubapa terhadap prestasi pembelajaran anak di sekolah, membantu menjayakan usaha warga pendidik dalam menastikan semua murid mencapai kejayaan cemerlang.
Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik berkata guru utama mendidik anak-anak bermula di rumah dan sewajarnya tanggungjawab untuk memastikan kejayaan anak tidak bersandarkan sepenuhnya kepada guru semata-mata.
Katanya dalam arus perubahan perkembangan pendidikan masa kini pelbagai medium pembelajaran bokeh digunakan termasuk kemahiran teknologi ketika berhadapan dengan situasi pembeljaran dari runah (PdPR).
“Usaha sama ibubapa dan guru dalam menjayakan agenda pendidikan masa kini adalah sangat penting,sebab itu peranan PIBG bukan sekadar hadir mesyuarat,gotong royong,tetapi juga membantu asoek petkongsian ilmu,kepakaran dan idea yang bernas dalam pelbagai bidang”katanya kerika berucap merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-41 SK Bunga Raya dekat sini.

Robert menyampaikan sumbangan kepada YDP PIBG Sk Bunga Raya
Pada masa sama Robert yang juga ADUN N.40 Bingkor menyeru kepimpinan peringkat kampung setempat, agar turut serta menyokong apa juga program kecemerlangan yang dilaksanakan sepanjang tahun , termasuk hadir dalam program yang dianjurkan sekolah.
Dalam pada itu, bercakap kepada media selepas majlis itu, Robert berkata berkenaan masalah jalan raya Kampung Bunga Raya sejauh 2.2 kilometer yang belum diturap, pihaknya telah mengenukakan perkara itu kepada kerajaan negeri untuk diambil perhatian seterusnya mendapatkan kelulusan kelak.
‘ Saya harap penduduk bersabar, ini memang menjadi keutamaan saya sebagai wakil rakyat yang dipilih, saya akan berusaha sedayanya untuk pastikan masalah dapat diselesaikan demi keselesaan rakyat yang sudah lama menghadapi isu jalan raya ini’katanya.
Pada majlis itu, Robert menyumbangkan bantuan kewangan RM5000 bagi membantu PIBG sekolah membina sebuah pondok menunggu murid yang akan dibina secara gotong royong kelak.
Majlis dimeriahkan dengan acara cabutan tiket bertuah. Hadir sama Guru Besar Dr.Pranchis Andin, Pengerusi PIBG yang dilantik semula sesi 2022-2023 , Japrin Thomas , pemimpin masyarakat mukim Bunga Raya , warga pendidik dan ibubapa.



