27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SHAFIE UMUM MARKOS SITON SEBAGAI CALON WARISAN PARLIMEN RANAU

RANAU: Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Shafie Apdal mengumumkan seorang pesara penjawat awam, Markos Siton, 67 sebagai calon Parlimen Ranau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Shafie berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Warisan Bersama Penduduk Ranau dan Pelancaran Jentera Bahagian Ranau di Dewan Persatuan Chon Chu Kung Ranau pada Sabtu.


Bercakap kepada media selepas itu, Markos berkata beliau berterima kasih kepada Shafie kerana memberikan kepercayaan penuh kepadanya untuk menjadi calon bagi kerusi Parlimen P179 Ranau pada PRU15.


“Kita sudah mengharungi halangan pertama dan cabaran yang lebih penting ialah memastikan kemenangan Warisan di Ranau. Saya akan berikan segala yang termampu demi mengukuhkan sokongan kepada Warisan di sini.


“Ini akan memastikan, bukan sahaja kita mampu meraih kemenangan untuk Warisan di sini di Ranau, tetapi juga dapat membantu kemenangan parti di seluruh negeri.


“Ini seterusnya membolehkan Warisan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan yang akan dibentuk selepas PRU15 selesai,” katanya.


Tambah Markos, beliau berharap semua penyokongnya bekerja lebih keras bagi memastikan mereka akan meraih hadiah kemenangan pada PRU15 pada 19 Nov tahun ini.


Dalam majlis itu, Shafie menerima keahlian 521 penyokong baharu kepada Warisan yang terdiri daripada bekas penyokong UMNO, PPBM, PBRS, PKDM, Star dan PBS.


Turut berikrar taat setia kepada Warisan dalam majlis itu ialah bekas Setiausaha Wanita UPKO Bahagian Ranau, Faridah Mantakang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN