26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

James Ratib: SESB tolong segerakan pembinaan Tranformer di Pekan Baru Botition

BELURAN: Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) diminta menyegerakan pembinaan Tranformer  di Pekan Baru Botition.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib, berkata keperluan itu sangat mendesak dan pembinaannya perlu disegerakan.

Katanya, justifikasi itu mengambil kira pertambahan premis perniagaan di pekan Botition.

“Banyak harta benda terutama barangan elektrik untuk tujuan perniagaan selain milik persendirian rosak akibat bekalan tenaga elektrik yang tidak menampung keperluan selain tidak stabil.

“Peniaga mengalami banyak kerugiaan apabila barangan elektrik dan bahan mentah rosak,” katanya.

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Krismas di Kg.Barayong, Telupid, baru-baru ini.

Menurut James, masalah ini sudah diajukan kepada pihak pengurusan SESB namun langsung tiada tindakan diambil.

Katanya lagi, SESB juga telah beberapa kali bersetuju dan berjanji untuk melawat tapak cadangan pembinaan tetapi sehingga sekarang janji tinggal janji.

“Takkanlah pasang transformerpun terpkasa mangadu kepada Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Masalah ini sangat mendesak untuk diselasaikan dan sepatutnya pihak SESB tidak berdolak-dalik,” tegasnya sambil menuntut Piagam Pelanggan SESB iaitu Beriltizam dan Berjanji Memberikan Perkhidmatan yang Cekap, Berkualiti serta Cemerlang kepada Pelanggan SESB.

Justeru, James mengesa pihak pengurusan SESB agar mengambil tindakan segera mengatasi kesulitan yang membelengu peniaga dan penduduk yang terbabit.

“Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada SESB dan selain isu ini dibangkitkan dalam Persidangan DUN,” tegasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN