30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SESB ke arah penggunaan meter pintar

KOTA KINABALU: Pengerusi Sabah Electricty Sdn. Bhd (SESB), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau memaklumkan bahawa pihak SESB kini dalam proses ke arah penggunaan Meter Pintar atau (Smart Meter) bagi merekodkan jumlah penggunaan elektrik di setiap premis dan kediaman.  

Menurutnya, bagi tujuan ini pihak SESB telah pun membuka tender bagi mempelawa syarikatsyarikat yang berkelayakan untuk menjayakan inisiatif tersebut.

“Tender telah dibuka pada 16 April 2024 dan ditutup pada 12 Jun lalu.

“Pada ketika ini, ia sedang berada dalam proses analisa tender sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Tender Pengurusan dan seterusnya ke Jawatankuasa Perolehan dan Kewangan Lembaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini bagi mengulas saranan Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah Chairman, David Chan.

Menurut Madius, saranan David agar pihak kerajaan menggunakan meter pintar adalah wajar kerana ia mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihan berbanding penggunaan meter konvensional.

“Saya ingin memaklumkan bahawa pihak SESB pun sememangnya sedang ke arah itu dan diharapkan segala proses yang sedang dilaksanakan berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran turut mengalakkan orang ramai dan pengguna untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi mySESB di telefon bimbit masingmasing.

“Melalui aplikasi ini, pelbagai perkhidmatan boleh dilaksanakan hanya daripada hujung jari sahaja.

“Antaranya, mendapat akses penyata bil terkini selain boleh membuat pembayaran bil secara terus ke sistem SESB tanpa perlu menunggu tiga hari bekerja seperti cara pembayaran yang lain.

“Pengguna juga boleh mendapatkan info-info semasa berkaitan penyelenggaraan di sesuatu kawasan, boleh menyalurkan aduan dan menyemak status tindakan,  membuat permohonan meter baharu dan pelbagai lagi,” jelas Madius.

Beliau berkata, perkhidmatan mySESB merupakan satu inisiatif bagi memudahkan para pelanggan untuk berurusan tanpa perlu hadir berbaris panjang atau bersesak sesakan di kaunter atau Kiosk SESB.

“Namun buat masa ini, daripada 696,711 pengguna SESB, baru 112,835 orang yang telah mendaftar.  

“Untuk itu, kita harapkan agar lebih ramai yang mendaftar di mySESB agar sebarang urusan orang ramai dengan SESB dapat diselesaikan dengan lebih fleksibel, mudah, cepat dan pantas,” tambah Madius.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN