25.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SERAMAI 92 MURID SERTAI KEM KEPIMPINAN SEPADU SK PEKAN DUA RANAU

Mempraktikkan ilmu..Adik Ahmad (kiri) ketika menyampaikan ucapan dan adik Nur Insyirah sebagai juruacara majlis.

RANAU: Seramai 92 orang murid terdiri daripada Pengawas Sekolah 34 orang, Pengawas Pusat Sumber (14 orang), Pembimbing Rakan Sebaya (20 orang) dan Ketua & Penolong Ketua Kelas (24 orang) telah menyertai Kem Kepimpinan SEPADU yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Pekan Dua Ranau, Sabtu lalu.

Antara pengisian program ialah Bengkel Khas dan Pengucapan Awam (Peranan dan Fungsi) yang dikendalikan oleh Ustazah Julianah Sahjinan (Guru Disiplin), Puan Junaidah Joutin (Guru Bimbingan & Kaunseling) dan Puan Venjelin Ijim (Guru Pusat Sumber). Slot ini melibatkan peserta di kalangan Pengawas Sekolah, Ketua & Penlong Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber.

Dua slot lagi iaitu ceramah ‘Saya Pemimpin Muda’ melibatkan semua peserta dikendalikan oleh Puan Rusnah Taip (Penolong Kanan Pentadbiran) dan Puan Nor Azizah, dan Taklimat Kursus Kawad Kaki oleh Ustazah Julianah Sahjinan dan Cikgu Ratnawati.

Sebahagian peserta yang menyertai program tersebut

Dalam majlis penangguhan, Penolong Ketua Murid, adik Nur Insyirah Hanin binti Mohd Noor dilantik menjadi juruacara majlis manakala Ketua Murid adik Ahmad Aqeelazeez bin Azman mewakili peserta menyampaikan ucapan.

Menurut Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rusnah Saip, jawatan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas serta  Pembimbing Rakan Sebaya  merupakan organisasi yang diwujudkan bagi membantu pengurusan sekolah. Murid yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus dalam bidang kepimpinan masing -masing.

Pemimpin murid ini perlu dibekalkan dengan kemahiran komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan dengan murid lain di sekolah dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Selain itu, potensi mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji dalam kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna dalam kalangan murid memandangkan mereka adalah pemimpin sekolah.

Oleh kerana itu, Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid perlu dijalankan untuk melengkapkan modul latihan kepimpinan di samping menjalinkan kerjasama yang baik antara empat badan utama sekolah iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas serta ahli Pembimbing Rakan Sebaya.

“Jika elemen kejelekitan (cohesion) antara pasukan pemimpin sekolah adalah baik, maka mudah menjalankan aktiviti  saling membantu di sekolah sebagai satu pasukan  yang bekerjasama dan bertoleransi antara mereka. Elemen ini secara tidak langsung mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, khasnya murid-murid SEPADU,”jelas Rusnah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN