Rafie merakamkan kenangan bersama ahli jawatankuasa pelaksana program berkenaan.
Oleh: Rizalmi Liman
KENINGAU: Seramai 72 orang telah menyertai Gua Batu Salag Hiking Challenge sempena Taman Bandukan Festival 2023 dari kalangan pendaki di sekitar Daerah Keningau.
Pengerusi Programnya Syafiee Haji Ludi berkata, program berjalan kaki sejauh 10 kilometer sekitar Kampung Bandukan berkenaan disempurnakan Rafie Robert, Pengerusi Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau pada Sabtu.
Program berjalan kaki berkenaan, bermula daripada Taman Bandukan Riverside Resort (TBRR) menuju ke Gua Batu Salag kemudian berakhir di TBRR semula.
Katanya, program tersebut berkonsepkan aktiviti berjalan secara santai yang membawa mesej semangat perpaduan dan juga kebersamaan.
Antara peserta menyertai Gua Batu Salag Hiking Challenge.
Sementara itu, menurut Penolong Pegawai Daerah Keningau (ADO), Easter Michael Sutili yang turut menyertai program berjalan kaki berkenaan berkata, aktiviti berkenaan secara tidak langsung membuktikan program tersebut sememangnya baik untuk kesihatan.
Katanya, peserta yang berjaya menamatkan program tersebut juga telah berpeluang menerima hadiah cabutan bertuah berupa sebuah motorsikal.
Selain itu katanya, pada sambutan tahun ini, pihaknya juga menganjurkan pelbagai program menarik diantaranya pertandingan bola tampar, tarik tali, men & women physique dan Pertandingan Bola Tampar.