NABAWAN:Seramai 688 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR)dan Parti Warisan Sabah (Warisan)membabitkan lapan buah kampung di daerah ini meninggalkan parti masing-masing dan menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Kampung yang terbabit adalah Kampung Ulu Loboh (117), Kalindukan (85), Sakulan (75), Sarikan (45), Indah (72), Kabu Baru (163), Solog (109)dan Langkukuk ( 22).
Mereka menyerahkan borang permohonan kemasukan keahlian kepada Timbalan Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup.
Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan dan Timbalan Menteri Kerja Raya yang menerima borang pernohonan keahlian mereka kelmarin berkata, sambutan yang sangat baik ini menunjukkan rakyat kini sangat yakin dengan kepimpinan parti.
Menurut Arthur, pembangunan demi pembangunan kini rancak berlaku di kawasan Pensiangan juga antara faktor penerimaan masyarakat di kawasan ini terhadap PBRS – BN.
Sementara itu rata-rata mereka yang menyertai PBRS berkata, mereka memilih PBRS kerana tertarik dengan keprihatinan Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup dalam menyelesaikan permasalahan rakyat kawasan ini.