Frof.Dato’ Azimuddin menyerahkan sumbangan kepada wakil penerima JKKK Timbua diperhatikan yang lain.
RANAU: Seramai 55 orang kategori B40 dari Kg.Timbua 36 kilometer dari pekan di sini, menerima bantuan berupa Bakul Makanan menerusi Misi Kemanusiaan North Borneo University College (NBUC) Kota Kinabalu baru-baru ini.
Program tersebut diketuai Naib Canselor NBUC,
Prof.Dato’ Sr. Dr. Azimuddin Bin Bahari diiringi Timbalan Presiden, Prof. Madya Dretty R.Jiroh bersama 6 orang kakitangan NBUC.
Dato’ Azim kiuddin ketika ditemui, memberitahu program itu adalah untuk memberi bantuan kepada komuniti setempat yang dikenalpasti memerlu bantuan.
“Pada kali ini, kami forkus sekitar Kg.Timbua, dan memilih dua buah kampung iaitu, Kg.Lobou Baru, Kg.Debut dan akan ke lokasi lain pula pada masa akan datang”, jelasnya sambil berterima kepada Ketua-Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)kawasan Timbua kerana telah membantu memudahkan urusan penyampaian sumbangan kepada penerima.
Ramai penerima yang sempat ditemui, masing-masing berterima kasih kepada NBUC kerana memberi sumbangan berupa makanan keperluan harian.
“Kita mengharapkan kepada pihak NBUC supaya meneruskan misi kemanusiaan itu pada masa akan datang menerusi bantuan dan sokongan daripada penaja yang lain bagi membantu golongan yang memerlukan”, tambah mereka.
Program tersebut turut dihadiri beberapa orang Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.
             Â