Jaffirin (tiga kiri) menyampaikan sumbangan berupa sayuran kepada wakil penduduk Kg.Poring KK. Jonis Radani.
0leh: Jainuddin Nasir
RANAU: Seramai 488 orang lagi Ketua Isi Rumah (KIR) dari 337 buah Rumah dari tiga buah kampung di sini, menerima sumbangan berupa sayuran segar tanah tinggi biayaan, Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.
Para penerima sumbangan ialah dari Kg.Tamalang 83 keluarga, Kg.Poring 313 keluarga dan Kg. Simpangan Poring 92 keluarga menerima sumbangan sayuran itu petang semalam.
Penyampaiam telah sempurnakan Mahat Saidin dan Jaffirin Jaudin bagi pihak
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau yang juga mewakili Jonathan.
Ramai yang terlibat menerima sumbangan itu berterima kasih kepada Jonathan atas keprihatinannya menyampaikan sumbangan tersebut yang mereka sifatkan sebagai amat bermakna kepada mereka.
“Sebelum ini Jonathan sudah menyampaikan sumbangan dan bantuan berupa Barang Makanan (BarMa) kepada kami yang terkesan dengan pandemik Covid-19” jelas salah seorang penerima, yang hnya mahu dikenali sebagai Junahil dari Kg.Tamalang.
“Kali ini kami mendapat sumbangan berupa sayuran yang merupakan bahan makanan yang agak paya bagi kami untuk mendapatkannya ketika musim sekarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh berikutan pandemik Covid-19”, tambah Junahil.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah penyedia bekalan sayuran, Siti Jimi Jamirin dan Dayang Norayah Amat.