FOTO – Sairin (dua dari kiri)bergambar bersama wakil penerima.
KENINGAU:Seramai 48 keluarga penduduk Kampung Muhibah yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)menerima sumbangan bakul makanan daripada Yang DiPertua USIA Sabah Datuk Hj. Sairin Karno.
Menurut Sairin yang merupakan bekan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Liawan, bakul makanan tersebut adalah sumbangan peribadi beliau.
Katanya, penduduk kampung berkenaan adalah dibawah jagaannya semasa menjadi ADUN kawasan Liawan dahulu.
“Saya masih ingat mereka walaupun saya bukan ADUN pada masa ini kerana adalah penyokong saya” katanya selepas menyampaikan bantuan bakul makanan itu.
Sementara itu wakil penerima Puan Alisi Usak berterima kasih kepada Sairin yang memberi sumbangan bakul makanan kepada mereka.
Katanya, pada masa pandemik Covid-19 ini sememangnya sumbangan dari mana-mana pihak amat diperlukan.
Ini katanya kerana rata-rata penduduk kampung terutama peniaga kecil-kecilan terjejas pendapatan.