30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SERAMAI 45 MANGSA BANJIR DI RANAU DIPINDAHKAN KE PPS IPD RANAU

PPS IPD RANAU

RANAU: Seramai 45 orang mangsa banjir di daerah ini telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis  (IPD) Ranau, berikutan banjir akibat hujan lebat awal petang semalam.

Jumlah itu disahkan Kopral Pertahanan Awam, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Ranau, Laura Yomou, ketika ditemui Borneo Daily Bulletin, di PPS IPD Ranau, pagi ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 19 lelaki dan 26 perempuan, melibatkan 25 dewasa, kanak-kanak 13 orang.

Laura Yomou

“Mangsa yang turut dipindahkan melibatkan tiga bayi dan empat warga emas daripada 14 ketua isi rumah (KIR) setakat jam5.50 pagi ini,” katanya.

Menurut Laura, PSS di sini telah dibuka kira-kira jam 1 pagi tadi dengan bantuan beberapa jabatan dan agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan n Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Ranau.

Lau juga memberitahu, bencana banjir itu telah menjejaskan sebanyak tiga buah kampung iaitu Kg. Kituntul Lama, Kg.Sinarut Lama, Kg.Marakau dan Kg.Libang.

Hujan lebat sekitar jam 6 petang pada Rabu turut mengakibatkan laluan utama  Kota Kinabalu -Pantai Timur di Kilometer 109.3, dekat bulatan ikan terputus dan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.

Sementara itu Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, telah mengeluarkan notis penutupan jalan tersebut dan membuka laluan alternatif Kg.Sinarut Baru – Kg.Tagudon Baru.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN