SUMBANGAN…Oredi (Kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
RANAU : Seramai 42 orang penduduk dari Kg.Napong 1 di sini, menerima sumbangan barangan makanan sempena sambutan Hari Raya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.
Semua sumbangan di sampaikan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Oridie Bin Rudin yang mewakili Abidin di Dewan Mini Kg.Napong 1 petang tadi (29 Mei).

POINSIKOU…Salah seorang lagi penerima sumbangan disampaikan Oredi.
Oridei ketika ditemui memberitahu, sumbangan itu adalah sebagai meringankan beban para penerima yang terdiri daripada golongan tidak berkemampuan.
“Sumbangan itu membolehkan mereka merayakan sambutan Hari Raya bersama keluarga masing-masing”, jelas Oridie.-Borneo Daily Bulletin

TERIMA KASIH…Salah seorang lagi penerima sumbangan yang disampaikan Oredi.



