Sebahagian peserta bergambar bersama Japar (berdiri 4 dari kiri)
PITAS: Seramai 40 orang peserta telah menyertai Klinik Memanah anjuran SEKAR ARCHERY CLUB bertempat di Lapang Sasar Memanah Sekolah Kebangsaan Rukon, baru-baru ini.
Guru Besar selaku Jurulatih Utama program tersebut, Japar Sidik Aliudin berkata peserta yang menyertai program tersebut terdiri daripada kalangan PIBG dan pelajar yang bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk bersukan secara sihat selain mengeratkan silaturahim.
“Selain sebagai satu riadah, program ini juga merupakan persediaan peserta ke kejohanan mini memanah yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober ini sempena Hari PIBG SK. Rukom. Kita mengharapkan aktiviti pada hari ini dapat mendedahkan kepada para peserta teknik memanah mengikut cara yang betul ke sasaran,” katanya.
Japar turut merakamkan ucapan terimakasih atas sambutan para ibu bapa dan para pelajar.
“Terimakasih atas kehadiran PIBG. Walaupun aktiviti sukan memanah di daerah ini kurang pendedahan dan jarang diadakan namun berdasarkan sambutan, saya yakin sukan ini suatu hari nanti akan diminati ramai khususnya di kalangan pelajar apabila ianya terus diselitkan sebagai salah satu aktiviti menerusi apa juga program yang dianjurkan,” katanya lagi.