Seramai 38 penduduk Kg.Bunakon sertai BERSATU

Seramai 38 penduduk Kg.Bunakon sertai BERSATU

08/01/2022 Off By Jainuddin Nasir

MENYERTAI….Asdin (kanan) menyaksikan wakil penduduk menyerahkan  borang 38 orang untuk menyertai PPBM kepada Primus (kiri) mewakili Datuk Jonathan.

RANAU: Seramai 38 orang lagi penduduk Kg.Bunakon di sini, mengambil keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) P.179 Ranau di bawah kepimpinan, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Borang keahlian menyertai PPBM itu diserahkan wakil penduduk disaksikan Asdin Bin Basuin dari Kg.Bunakon dalam satu cara ringkas penyerahan kepada Penolong  Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Primus Gahun yang mewakili Datuk Jonathan, di pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau pagi tadi (8 Januari).

Asdin ketika ditemui, memaklumkan bahawa lebih ramai lagi penduduk akan menyusul untuk menyertai PPBM atas kesedaran mereka perlunya memberi sokongan padu kepada Datuk Jonathan pemimpin ‘Berjiwa dan Prihatin Rakyat’, jelas Asdin ketika ditemui.