27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 30 orang petani terima tong penyembur sumbangkan ADUN Bingkor

Robert menyampaikan tong penyembur kepada salah seorang penerima.

KENINGAU:Seramai 30 orang petani menerima  tong penyembur yang disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Petani-petani berkenaan adalah terdiri daripada 13  orang  peserta Projek Pakej Peningkatan Hasil Padi dan 17 orang Pengusah Padi Terpilih yang disenaraikan oleh Jabatan Pertanian Daerah Keningau. 

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyempurnakan penyerahan tong penyembur itu kepada penerima-penerima di Balai Raya Kampung Bunsit Bingkor Keningau.

Ketika berucap di majlis tersebut Robert mohon agar pihak Jabatan Pertanian Daerah mengadakan program pertanian khas untuk golongan belia-beliawanis bagi menanam dan menarik minat golongan belia untuk berkecimpung dalam bidang pertanian moden.

Beliau juga berharap  agar para pengusaha padi di kawasan terpilih untuk pelaksanaan projek pakej peningkatan hasil padi pada tahun ini tidak melepaskan peluang yang ada.

Dalam program ini pihak Jabatan Pertanian menyediakan kuota projek seluas 20 hektar bagi kawasan DUN Bingkor.

Sementara itu para penerima sumbangan tersebut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Robert atas pemberiaan tong penyembur.

“Sumbangan peralatan  tersebut amat bermakna dan bermanfaat kepada kami” kata mereka.

Turut Hadir di majlis itu Ketua Daerah Bingkor OKK Daniel Palangi, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred, Kakitangan Pejabat UPPM Bingkor, kakitangan Pejabat ADUN  Bingkor, kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Keningau dan Pengerusi-Pengerusi JPKK kampung-kampung  terlibat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN