30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 294 petugas barisan hadapan di Nabawan bakal terima vaksin Pfizer Biontech

Dari kanan:Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran)Hasinin Kinsim yang turut disuntik vaksin dan Dr Mohammad Norhaizam yang memantau operasi suntikan vaksin itu

NABAWAN:Seramai 294 petugas barisan hadapan di daerah disenaraikan bagi penerima vaksin Pfizer Biontech dibawah Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 Peringkat Daerah ini di Klinik Kesihatan Nabawan yang telah bermula pada 9 Mac lepas.

Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu @ Peter J. Moinjil berkata, antara penerima hari ini adalah Menteri Belia Dan Sukan Datuk Ellron Alfred Angin yang juga ADUN Sook dan diikuti oleh Pegawai dan kakitangan kerajaan di daerah ini.

Katanya, penerima awal suntikan vaksin adalah “frontliners” yang terdiri dari Pegawai dan kakitangan Klinik Kesihatan serta anggota Keselamatan seperti Polis dan Rela.

Ellron antara yang disuntik vaksin di Klinik Kesihatan Nabawan

“Sepatutnya hari ini adalah yang terakhir mengikut jadual tetapi memandangkan ada dikalangan mereka yang disenaraikan masih menjalani kuarantin maka suntikan vaksin diteruskan apabila tempoh kuarantin mereka tamat” katanya ketika dihubungi Borneo Daily Bulletin hari ini.

Pada masa sama Pegawai Daerah itu menyarankan penduduk di daerah ini supaya mengambil suntikan vaksin untuk keselamatan dan perlindungan diri dan keluarga daripada jangkitan pandemik COVID-19.

“Jangan mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang tidak sahih berkaitan pemberian vaksin ini yang diviralkan oleh mereka yang tidak bertanggugjawab” katanya.

Turut berada di Klinik Kesihatan Nabawan dan memantau suntikan vaksin hari ini adalah Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau Dr Mohammad Norhaizam Bin Ahmad @ Narawi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN