27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 19 orang ahli persatuan pesara ATM cawangan Ranau terima sumbangan dari JHEV ATM

TERIMA KASIH…Salah seorang penerima sumbangan dusampaikan Mejar Noor (kanan) diperhatikn Albert (dua kiri)

RANAU: Seramai 19 orang ahli Persatuan Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cawangan daerah ini telah menerima sumbangan  berupa Barang Makanan disampaikan  Pengarah JHEV ATM cawangan Sabah, Mejar Noor Khairi Bin Abd.Rahman dalam satu majlis di dewan terbuka PDK Ranau baru-baru ini.

Mereka yang menerima sumbangan adalah kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU), Ahli Pesatuan yang Daif serta Balu  yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Mejar Noor Khairi dalam ucapanya sebelum menyampaikan sumbangan, menyeru para ahli PVATM agar sentiasa bersatu padu, memupuk dan menjalinkan persaudaraan  serta sentiasa prihatin antara mereka dengan orang awam.

Para penerima sumbangan merakam gambar dengan Mejar Noor (tengah) serta sebahagian ahli PVATM cawangan Ranau.

“Walaupun kita sudah bersara daripada ATM namun tanggungjawab kita terhadap keselamatan  negara masih diperlukan bagi mengekalkan keharmonian keluarga para ahli, masyarakat dan negara terutama sekali mengekang penularan  pandemik Covid-19”, jelasnya.

Beliau memaklumkan sumbangan yang disampaikan  itu adalah selaras dengan program MINDEF Prihatin JHEV ATM cawangan Sabah untuk meringankan beban para ahli persatuan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang kini belum berakhir.

Terdahulu Ketua Cawangan  PVATM Ranau, Albert Chang dalam ucapannya mewakili persatuan merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Mejar Noor Khairi seterusnya menyampaikan sumbangan pada majlis tersebut.

“Saya mewakili persatuan (PVATM) daerah ini berterima kasih atas kehadiran Mejar Noor ke majlis pada hari ini”, tambahnya yang mewakili persatuan menerima sumbangan seterusnya menyampaikanya kepada para penerima terlibat.

          

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN