28.4 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 164 penduduk dari 9 buah kampung di PDM Karagasan selesai Suntikan Vaksin dos Kedua

Gambar – Sebahagian penduduk menunggu giliran untukĀ  menerima suntikanĀ  vaksin dos kedua.

RANAU: Seramai 164 penduduk dari 9 buah kampung kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Karagasan  dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Kundasang telah selesai menerima Suntikan Vaksin dos Kedua yang diadakan di Dewan Mini Karagasan  baru-baru ini.

Manakala 9 buah kampung terlibat ialah Kg.Karagasan, Kg.Kiwakau, Kg.Namaus, Kg.Betung, Kg.Tinongian, Kg.Tundangon, Kg.Mansalu, Kg.Agan dan Kg.Gusi.

Ketua PDM Karagasan,
Jelini Somintah ketika ditemui merakam penghargaan dan terima kasih kepada para perugas dari Jabatan Kesihatan Daerah Ranau yang diketuai Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah, Dr. Fakhrurazi Bin Matdiris kerana kesanggupan dan kesungguhannya untuk ‘Turun Padang’ walupun  PDM Karagasan terletak jauh di pedalaman namun usaha serta kesungguhan mereka untuk datang bagi mengengedalikan program imunisasi suntikan Vaksin Covid-19 kepada penduduk amat dihargai.

“Para penduduk berasa lega kerana mereka tidak perlu untuk datang ke  Dewan Masyarakat Daearah atau hospital Ranau untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19”, jelas Jelini mewakili Jawatankuasa  pelaksana program ‘Outreach’ itu bagi peringkat PDM Karagasan.

Beliau juga mewakili penduduk PDM Karagasan berterima kasih  kepada Timbalan Menteri  Dalam  Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, YB.Jonathan Yasin kerana sudi hadi dan menghulurkan sumbangan berupa barangan peralatan iaitu,100 buah kerusi plastik bersama sebuah Kanopi kepada Kg. Karagasan dan 30 buah kerusi plastik lagi kepada Klinik Kesihatan Malinsau.

“Saya mewakili penduduk berterima kasih kepada YB.Jonathan atas sumbangan tersebut untuk kemudahan masyarakat di sini”, tambah Jalini.

Sementara itu, YB Jonathan ketika ditemui, menggesa penduduk PDM Karagasan yang belum menerima suntikan vaksin supaya mendaftar untuk mendapatkan suntikan bagi mengekang jangkitan  Covid-19.

Menurutnya, rakyat tidak  perlu takut  atau bimbang untuk menerima suntikan vaksin. sebagai  benteng diri daripada pandemik Covid-19.

“Para pemimpin  masyarakat, pemimpin rakyat dan Ketua Ketua Kampung diharap menjadi agen memberi  penerangan kepada penduduk setempat.

“Dapatkan nasihat daripada para doktor yang berada di setiap program  imunisasi.

“Lindung Diri, Lindung Semua” tambahnya.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN