26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 144 Perwakilan  Pemuda UMNO Labuan akan memilih ketua mereka Sabtu ini.

Saifful Pungot

LABUAN: Seramai 144 ahli Pergerakan  Pemuda UMNO   daripada  23 cawangan Pergerakan Pemuda   termasuk AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahgaian akan  memilih  ketua mereka pada  sesi Pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan  bagi sesi 2023-2026.

Sesi pemilihan akan  diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini pada Sabtu ini.

Dua calon yang sudah pun disahkan layak untuk bertanding jawatan no satu Pergerakan Pemuda UMNO Labuan itu ialah  Ketua Cawangan UMNO Ramsey, Mohd Syukur Jiprih dan Naib Ketua UMNO Bahagian Labuan, Saifful Pungut.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan kosong selepas penyandangnya Musa Basman melepaskan jawatan itu atas faktor usia yang telah melebihi had.

Dalam pada itu, tinjuan mendapati kedua dua calon  telah mengeluarkan manifesto sebagai kempen mereka yang dijalankan  secara maya menggunakan  media sosial Facebook dan IG bagi meraih sokongan dan keyakinan kepada perwakilan yang bakal memilih.

Dalam pada itu calon No 1, Saiful Pungot, 38,  yang juga Pengerusi Skuad Sabil Labuan, telahpun menggariskan lapan (8) inisiatif untuk memperkukuhkan dan memperkasakan  semula pemuda UMNO Bahagian Labuan.

Antara  manifesto Saiful ialah berusaha untuk memperkasa keahlian di peringkat  cawangan serta mempelawa bangsa lain untuk menyertai UMNO.

Selain itu, memperkukuh pemuda di setiap cawangan dengan menganjurkan kursus kepimpinan  sebagai persedian menghadapi PRU 16 akan datang.

Mohd Syukur Jiprih.

Saiful juga mahu menjadikan pemuda UMNO sebagai platform masyarakat dalam menyampaikan permasalahan di peringkat cawangan ke peringkat bahagian termasuk ke peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) disamping  mewujudkan Biro Sukarelawan bencana Pemuda UMNO  Labuan.

Beliau juga berusaha untuk menaikkan imej parti dengan aktiviti aktiviti kemasyarakatan di peringkat cawangan dan Labuan.

Sementara itu, calon no 2, Mohd Syukur Jiprih, yang juga bertanding exco Pemuda UMNO di peringkat pusat menggariskan 11 perkara  sebagai usaha untuk beliau mengangkat Pergerakan Pemuda UMNO Labuan Teguh Bersama.

Antara 11 perkara yang di utarakan oleh Syukur ialah mewujudkan program pemantauan kekuatan pemuda di setiap cawangan,  mengadakan  program kesukanan  di peringkat cawangan, mewujudkan koperasi Pemuda, mewujudkan golongan pemikir korporat muda di setiap cawangan, memperbanyakan program kerjasama antara Pemuda UMNO dengan Majlis Belia Labuan serta memperjuangkan kembali Litar Permotoran Antarabangsa Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN