25 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 135 orang pelajar terima sumbangan duit raya.

Haji Yazid mewakili Robert menyampaikan duit raya kepada pelajar terlibat.

KENINGAU: Seramai 135 orang pelajar Sekolah Rendah Integrasi ( SRI ) Tahfiz Nur Ikhwan, Sekolah Menengah Agama Rakyat ( SMAR) Nur Ikhwan dan Madrasah Pondok Nur Ikhwan menerima sumbangan duit raya daripada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan duit raya itu disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian Starsabah N.40 Bingkor Merangkap Ketua Biro Pendidikan Dan Media Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles pada majlis Rumah Terbuka Yayasan Ruhsinar di Madrasah Nur Ikhwan Keningau baru-baru ini.

Pengerusi Yayasan Ruhsinar Puan Rosnani Binti Abdullah merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Robert atas sumbangan duit raya itu.

Selain itu sumbangan duit raya, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menyumbang kewangan untuk penganjuran majlis rumah terbuka Yayasan Ruhsinar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN