BANTUAN…..Hendrus (tiga, kiri) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung, semasa memgadakan tinjauan ke beberapa kampung yang terputus hubungan dan bekalan makanan, di DUN Tandek.
Kota Marudu, 18 Jan 2021: Seramai 128 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan bakul makanan di tiga buah kampung di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding menyatakan bahawa bantuan bakul makanan yang disampaikan adalah satu initiatif kerajaan negeri melalui Bantuan Pusat Jawatankuasa Bencana Daerah dan sebahagian bantuan yg dihulurkan adalah merupakan sumbangan peribadi beliau sendiri dan melibatkan penghantaran makanan ke semua lokasi banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek.
Hujan yang berterusan selama beberapa hari ini, telah menyebabkan jalanraya ditenggalami air sehingga penduduk kampung terputus hubungan dan bekalan makanan.
“Mereka (penduduk kampung) tidak dapat keluar membeli barang keperluan harian kerana jalan raya terputus dan tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan,” kata Hendrus.
Hendrus Anding yang juga merupakan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan berkata,” antara kampung yang terlibat dalam agihan bantuan bakul makanan Ini ialah Kampung Paliu Sumbu, Kampung Monguwou dan Kampung Bombong Tiga, dalam DUN Tandek”.

TURUN PADANG… Hendrus (empat, kiri) bersama penduduk kampung dalam agihan bantuan bakul makanan ke kampung yang terkesan akibat banjir, di DUN Tandek.
Hendrus juga mengingatkan kepada semua ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk memaklumkan kepada beliau atau Pejabat DUN Tandek untuk memudahkan mereka menyalurkan bantuan makanan.
“ Pihak saya akan berusaha dan mengelakkan tiada berlakunya keciciran nama penerima bantuan dan memastikan agar penduduk kampung yang terputus hubungan dan bekalan makanan akan mendapat bantuan bakul makanan sewajarnya”.
Beliau turut penduduk kampung agar menjaga keselamatan diri terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil, mengawasi mereka dan jangan membiarkan anak kecil mandi di sungai pada musim hujan.