28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 116 pesakit di Hospital Ranau terima ‘Duit Raya’

Jonathan (depan) menyantuni warga Ranau yang sakit sambil menyampaikan Duit Raya kepada salah seorang kanak-kanak di wad Hospital Ranau pada Sabtu

RANAU: Seramai 116 pesakit di Hospital Ranau menerima kejutan awal Raya dengan kunjungan Timbalan Menteri II Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin dan pegawai lain di sini pada Sabtu.


Ketibaan Jonathan dan wakil Pejabat Daerah yang turut membawa ‘Duit Raya’ kepada mereka yang sakit memberi keceriaan bagi mereka yang tidak dapat pulang ke rumah untuk sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.


Turut menyertai lawatan itu ialah Penolong Pegawai Daerah, Florencia Padasian, Pengarah Hospital Ranau, Dr Eva Candra Susanti Bt Suhaili, para jururawat dan pegawai dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.


Bercakap selepas mengedarkan sumbangan itu, Jonathan berkata inisiatif tersebut selaras dengan hasrat Ahli Parlimen Ranau itu untuk menjaga golongan kurang berkemampuan dan sakit terutama pada bulan Ramadan.


“Ini adalah tanda kecil daripada kami dan hadiah yang diagihkan tidaklah seberapa, tetapi di sebalik itu, maknanya bagi kami sangat besar, dan kami berharap semua yang dilawati dan menerima pemberian ini akan berasa lebih baik daripada sebelumnya.

Jonathan (tengah) dan lain-lain memberikan tanda bagus selepas lawatan berkenaan


“Kami ingin menunjukkan bahawa di sebalik keadaan mereka, mereka yang sakit masih diingati dan disayangi oleh orang lain. Kami berharap lawatan ini stidak-tidaknya memberikan dorongan kepada mereka untuk cepat sembuh,” katanya.


Jonathan juga berterima kasih kepada semua doktor, jururawat dan kakitangan hospital atas dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi untuk menjaga orang sakit dan memerlukan melebihi keutamaan peribadi mereka sendiri, terutama mereka yang akan bekerja pada musim cuti.


Bagi pihak Hospital Ranau, Dr Eva mengucapkan terima kasih kepada Jonathan dan para rombongan yang meluangkan masa untuk menjayakan program tersebut walaupun jadual harian mereka yang padat.


Dalam lawatan itu, rombongan turut meraikan bersama pesakit Talasemia dengan kek yang disediakan kepada mereka bagi tujuan memberi keceriaan dan motivasi kepada golongan yang sakit di sini.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN