31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 112 Orang Belia Menyertai Perkhemahan North Borneo Youth Camp (NBYC) 2023

Datuk Fairuz (empat dari kiri) memalu gong ketika merasmikan perkhemahan berkenaan.

KENINGAU: Seramai 112 orang belia menyertai perkhemahan North Borneo Youth Camp (NBYC) 2023 yang diadakan selama empat hari di Keningau.

Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan ketika merasmikan perkhemahan itu berkata, beliau berbangga dengan komitmen Kelab Belia Keningau (KBK) yang berjaya melaksanakan aktiviti tahunan yang banyak memberi manfaat kepada belia.

Katanya, program berkenaan mampu melahirkan modal insan yang lebih berdaya saing dan berdisiplin tinggi selaras dengan hala tuju kerajaan negeri iaitu Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau berharap kepada belia agar terus meningkatkan ilmu pengetahuan, memelihara akhlak, tatasusila dan disiplin sepanjang masa bagi mengimbangi proses pemodenan masa kini.

Datuk Fairuz ketika berucap merasmikan perkhemahan berkenaan.

“Para belia juga haruslah bersiap siaga dalam memacu pembangunan negeri dan negara dari pelbagai sudut kerana belia bakal mewarisi tampuk kepimpinan negeri dan negara pada masa akan datang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian NBYC 2023 di Dewan Ficus Hall Taman Bandukan Riverside Resort di Keningau, baru-baru ini.

Sementara itu, bagi Pengerusi KBK, Syafiee Haji Ludi berkata, program perkemahan ini diadakan sejak tahun 2014 dan kini memasuki edisi ke-8.

Beliau turut berterima kasih kepada seramai 50 orang ahli jawatankuasa yang terlibat serta Pejabat Belia Dan Sukan Persekutuan Bahagian Keningau, dan Kementerian Belia Dan Sukan Negeri di atas sokongan yang diberikan.

Hadir sama pada perasmian ini, Penasihat Kehormat Kelab Belia Keningau, Rafie Robert.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN