25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 109 usahawan Sabah berjaya pasarkan produk melalui Desamall@KPLB.

Oleh: MARRYAN RAZAN

PAPAR: Seramai 109 orang usahawan Sabah daripada 1,400 usahawan seluruh Malaysia berjaya memasarkan produk mereka melalui platform Desamall@KPLB.

Desamall merupakan satu inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Persekutuan dalam membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka ke dalam pasaran domestik melalui platform terkenal e-dagang seperti Lazada, Shopee, 11streets dan banyak lagi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan Datuk Seri Rina Harun berkata, kesemua usahawan itu memasarkan hampir 18,000 barangan atau stock keeping unit (SKU).

RINA diiringi Ewon melawat pameran produk usahawan tempatan pada majlis itu

“Sehubungan itu, pada tahun ini, kementerian melalui MARA Sabah telah memperuntukkan sejumlah bajet untuk melaksanakan beberapa program atau aktiviti yang dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 730 usahawan di seluruh Sabah.

“Program ini meliputi latihan keusahawanan, pembangunan perniagaan dan standard perniagaan, skim pembayaran perniagaan dan banyak lagi,” katanya ketika berucap pada Program Pengupayaan Usahawan Desa, di Dewan Masyarakat Papar, di sini, pada Khamis.

IKLAN

Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick, para pemimpin tempatan dan pegawai-pegawai kanan KPLB Persekutuan.

RINA dan Ewon bergambar bersama pemimpin tempatan, pegawai KPLB dan yang lain.

Rina berkata, Program Pengupayaan Usahawan Desa bertujuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh KPLB dalam membangunkan usahawan desa di Sabah.

“Program ini adalah kesinambungan daripada pelaksanaan Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Sesi Libat Urus Usahawan Zon Sabah di Kota Kinabalu pada Ogos tahun lalu.

“Seramai 500 usahawan telah mendapat manfaat dari penganjuran dua program ini di mana jumlah jualan yang direkodkan sepanjang empat hari program KUD Zon Sabah sebanyak RM3,168,285.65,” katanya.

Beliau berkata, program itu adalah komitmen KPLB dalam membangunkan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya masyarakat luar bandar.

Rina dan Ewon bersama para pemimpin dan usahawan berhambar bersama pada majlis itu

“Pada tahun 2019, KPLB telah melaksanakan sebanyak 26 program pembangunan usahawan yang telah memberi manfaat kepada lebih 37,400 orang usahawanan di seluruh Malaysia.

“Pada tahun 2020, KPLB bersama Mara dan Kemas telahmerancang sebanyak 19 lagi program pembangunan usahawan yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 80,000 usahawan dan bakal usahawan seluruh negara. Program yang akan dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek termasuk latihan dan bimbingan, sokongan pembiayaan dan bantuan premis,” katanya.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN