Dius ( kiri) mewakili penduduk Kg.Kigiwit menyerahkan borang menyertai parti PPBM kepada Datuk Jonathan diperhatikan yang lain.
RANAU: Serama155 orang dari 4 buah kampung menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Paus, di sini baru-baru ini.
Borang kemasukan telah diserakkan oleh tiga orang wakil iaitu Dius Basinau Koronsung dari Kg.Kigiwit, Naslilah Naimin mewkili Kg. Wakako dan Kg.Panulangon manakala Jakiah Sansun mewakili Kg.Paus kepada Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dalam satu majlis yang diadakan Dewan Mini Kg.Paus.
Datuk Jonathan dalam ucapanya, memuji keputusan dan tindakan ikhlas mereka yang menytai PPBM sebagai bukti sokongan terhadap kerajaan yang mentadbir negara.
“Kemasukan tuan-puan membuktikan satu sokongan terhadap pemerintah yang memang serius membantu rakyat dan membangunkan masyarakat akar umbi khususnya yang tinggal di luar bandar”, jelas Datuk Jonathan.
Jonathan juga menyarankan kepada penduduk supaya mengekalkan perpaduan dan persaudaraan walaupun berlainan agama dan suku kaum.
“Perpaduan merupakan aset utama dan amat penting dan punyai peranan mewujudkan kemajuan di sesuatu kampung”, tambah Jonathan.
Lebih 100 penduduk menghadiri majlis tersebut.



