30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sepasang remaja antara 4 individu yang dicekup polis, Ingkar PKP

Gambar: Supt. Muhamad Farid Ahmad.


LABUAN: Sepasang remaja adalah antara empat individu tempatan yang dicekup  polis pada Rabu  selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) Tahap 3.


Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata sepasang remaja yang juga pelajar sekolah menengah ditangkap ketika sedang melepak berdua-duan di pantai Pancur Hitam.


Beliau berkata kedua-dua pasangan  yang berumur 15 dan 17 tahun itu mangaku salah selepas dihadapkan ke mahakamh Majestrit pagi kelmarin.


Bagaimanapun ,mahkamah majestrit   memutuskan kes  kedua-dua tertuduh ditangguhkan dan akan disebut semula pada 10 Jun 2020 bagi mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


“Kedua- dua  tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM1,000 seorang oleh seorang penjamin tempatan” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.


Sementara itu  katanya, pihak polis juga telah menangkap dua lelaki tempatan di kawasan berasingan selepas didapati berkeliaran ditempat awam ketika PKP sedang dikuatkuasakan.


Beliau berkata, lelaki pertama ditahan kira-kira jam 2 pagi  di kawasan berhampiran  Hospital Labuan, manakala lelaki ke dua ditahan ketika sedang berbasikal di kawasan Taman Perumahan MPL.


“Tertuduh  yang  berumur  20 an dan 55  tahun itu telah dihadapkan ke mahkamah majestrit pada Khamis dan masing-masing telah dijatuhi hukuman didenda RM800 dan RM700 selepas mereka mangaku salah.


Menurut Muhamad Farid kesemua yang ditangkap telah didakwa  di bawah Sekyen 269 perkara 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.  TAMAT



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN