32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seorang pesakit asma terima alat bantuan pernafasan sumbangan Jonathan Yasin

TERIMA KASIH…Sarina (kiri) menerima bantuan alat pernafasan sumbangan Datuk Jonathan, disampaikan Zita diperhatikan Dominik.

RANAU: Seorang pesakit masalah Pernafasan (Asma) Sarina Binti Lontom 50, dari Kg.Tompios di sini, telah menerima alat bantuan mesin Pernafasan ‘Oxygen Concentrator’ sumbangan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Mesin yang yang menelan kos RM3,299  itu telah disampaikan Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Zita Binti Fedilis mewakili Datuk Jonathan, turut diiringi Pegawai Pemantau Projek  Parlimen Ranau, Dominik Kasuman.

Sarina ketika ditemui, merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan atas kesudian dan keprihatinya menghulurkan sumbangan berupa mesin Peralatan Pernafasan itu.

“Saya secara peribadi berterima kasih kepada Datuk Jonathan atas bantuan tersebut moga Tuhan sahajalah yang tahu membalas segala pengorbanannya”, jelas Sarina yang mengidap penyakit  Asma ‘Sesak Nafas’ sejak beberapa tahun yang lalu dan sudahpun selesai pembedahan jantung baru-baru ini.

“Saya selalu mengalami kekurangan Oksgen untuk pernafasan jadi alat itu amat membantu  saya untuk bernafas”, tambah Sarina.
  
              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN