26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seorang maut, empat cedera dalam kemalangan di Jalan Sook-Keningau.

Kelihatan mayat mangsa selepas dikeluarkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat dari kenderaan yang dipandunya.

KENINGAU: Seorang lelaki maut dan empat yang lain cedera dengan seorang parah, dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Sook – Keningau, Batu berhampiran Kampung Kabulu dekat sini petang tadi.

Mangsa yang meninggal dunia, berusia 23 tahun, tersepit dalam kereta Proton Saga yang dinaikinya dan dikeluarkan oleh pihak bomba kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Seorang wanita berusia 42 tahun yang bersama mangsa dalam Proton Saga juga cedera.

Sementara itu, tiga yang lain termasuk seorang wanita berusia 57 tahun di dalam kereta Perodua Bezza turut cedera. Seorang daripada mereka, lelaki berusia 30 tahun, parah.

Keempat-empat mangsa yang mengalami kecederaan telah keluar sendiri daripada kenderaan dan kesemua mereka di hantar ke Klinik Kesihatan Sook oleh pihak ambulans. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Negeri Sabah, sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Kup Mukim Atah daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.54 petang.

Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain wujud operasi ditamatkan pada jam 5.48 petang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN