30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SEORANG LELAKI WARGA INDONESIA MAUT DITIMPA RUNTUHAN BATU

Gambar – tempat mangsa ditemukan tertimbus

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Seorang lelaki warga Indonesia  maut selepas rumah ditimpa runtuhan batu dekat Kg.Pinausok di sini susulan hujan lebat melanda Kundasang petang kemarin.

Mangsa Junaidi Gangka, 55 tahun, bekerja sebagai pekebun sayur ditemukan tertimbus dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Ranau.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata, terdahulu polis menerima laporan dibuat isteri mangsa mengatakan suaminya ditimpa runtuhan batu.

DSP SIMIUN LOMUDIN -Ketua Polis Daerah Ranau

Menurut keterangan dibuat isteri mangsa, ketika kejadian lebih kurang 3 petang, mereka sekeluarga sedang berehat di ruang dapur sebelum terdengar bunyi bising dan menyedari berlaku runtuhan batu di belakang rumah mereka.

“Menyedari berlakunya runtuhan, isteri mangsa sempat menyelamatkan diri bersama anak-anak, namun suaminya dipercayai terperangkap.

“Isteri mangsa memberitahu kejadian itu kepada pekebun yang tinggal berhampiran untuk meminta bantuan.

“Susulan itu, beberapa pekebun bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah tertimbus. Mangsa berjaya dikeluarkan dari timbunan batu seterusnya dikejarkan ke Hospital Ranau, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,”

“Dalam kejadian itu, isteri dan dua orang anak kepada mangsa yang berumur 18 dan 6 tahun terselamat,” katanya kepada media.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).
 

Dalam pada itu, DSP Simiun yang turut melawat tempat kejadian menasihatkan orang ramai khusunya penduduk kawasan berkenaan supaya sentiasa berwaspada dengan kejadian bencana alam lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada penduduk kampung dan orang perseorangan yang telah terlibat dalam membantu kerja-kerja menyelamat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN