27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seorang Aktivis sukarelawan tempatan dipilih terajui Biro dalam Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Islam P.179 Ranau merakam gambar bersama Sapilin (duduk dua kanan) dan Lajim (duduk tengah) selepas mesyuarat.

RANAU: Seorang aktivis sukarelawan, Sapilin Bin Mudin telah dipilih sebagai Pengerusi  baharu Biro Hal Ehwal Islam Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, bagi sessi 2022-2023 pada mesyuarat yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Parlimen pada Selesa.

Perlantikan Pengerusi baru itu dibuat selepas penarikan diri Pengerusi  terdahulu, Lajim Bin Hj.Abdul Momin atas sebab-sebab kesibukan beliau menjalankan tugas rasmi sebagai Setiausaha Sulit (SUS), kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II,  yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Sempena mesyuarat itu  banyak perkara yang telah dibincangkan dan mendapat reaksi positif sebulat suara daripada Jawatankuasa yang hadir.

Antaranya merancang pelbagai aktiviti untuk  dilaksanakan sepanjang Ramadhan tahun 2022 termasuklah menyampaikan bantuan berupa wang tunai dan kotak berisi buah Korma kepada Jawatankuasa 40 buah Masjid dan  89 buah Surau kawasan Parlimen Ranau.

Sapilin yang juga seorang aktivis politik dan seorang Kontraktor  dalam ucapannya, berterima kasih kepada rakan-rakannya yang hadir kerana memilih beliau sebagai Pengerusi Biro yang baharu.

“Tugas ini bukanlah suatu yang dibanggakan sebaliknya satu tanggungjawab dan amanah yang harus dijalankan sebaik mungkin menerusi kerjasama-padu daripada semua Jawatankuasa yang dipilih demi kepentingan bersama”, tegas Sapilin.
 
Beliau berazam akan mengemudikan Jawatankuasa Biro itu dengan cara yang terbaik demi nama baik Biro dan Ahli Parlimen Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN