26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Semua premis awam Labuan jalani porses nyah cemar

Oleh: JD


LABUAN: Semua kawasan premis awam yang menjadi tumpuan orang ramai di pulau ini selesai menjalani proses sanitasi nyah cemar COVID 19 yang dilakukan oleh tiga agensi utama Perbadanan Labuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan dan Jabatan Kesihatan Negeri.


Antara kawasan yang telah pun menjalani proses nyah cemar itu ialah Bangunan Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Pasar Sentral Labuan, Terminal Bas dan Teksi, Lapangan Terbang Labuan, Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan dan Terminal Feri Kenderaan (Ro-Ro).

NYAH CEMAR.…anggota Perbadanan Labuan, JBPM dan Jabatan Kesihatan Negeri melakukan nyah cemar di kawasan letak kereta Ujana Kewangan.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Haji Ismail berkata, selain itu proses nyah kuman turut dijalankan di bangunan Ujana Kewangan, Balai Polis Labuan, Dorsett Grand Hotel, pasaraya, perbankan, Taman Rekreasi di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, Medan Selera Labuan dan juga rumah-rumah ibadat termsuklah masjid.


“Seramai 40 anggota yang melibatkan Perbadanan Labuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kesihatan telah memulakan proses nyah cemar ini sejak Isnin lepas dan berakhir hari ini (Ahad)”, katanya dalam satu kenyataan di sini.

MEDAN SELERA….antara kawasan yang tidak terkecuali menjalani proses nyah cemar.


Beliau berkata, Perbadanan Labuan akan terus mengadakan perbincangan dari masa ke semasa bersama agensi yang berkaitan untuk mengenalpasti kawasan kawasan lain yang perlu proses nyah cemar.


“Perbadanan Labuan akan terus mengadakan perbincangan dengan agensi yang terlibat untuk mengenal pasti kawasan ‘panas’ lain yang berpotensi penularan wabak COVID 19 untuk proses nyah cemar” katanya. –TAMAT


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN